Ayah trlalu baik smpai ‘suap’ makan kak ipar. Pelik bila jumpa kain kuning dlm blik kak ipar, trus ayah h4lau kluar

Hiburan KRT Luar Negara Petua Resepi Tempatan Tips Viral

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

 

Saya nak luah pasal Kakak Ipar aku, saya cuma nak orang ambil pengajaran dalam luahan ini. Btw, nama saya Ifa . Abang saya berkahwin dengan pilihan hatinya, memang saya okey je dengan kakak ipar.

Family saya pun okey dengan kakak ipar, basically takde masalah. Tak macam typical MIL la kan. Parents saya layan dia macam anak dia sendiri, ayah saya siap suapkan kakak ipar lagi. Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja.

And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat la. Memang semua family saya (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu saya tak bagi ibu saya membebel, marah or suruh dia buat kerja. Untung kan ? Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku.

Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Parents saya memang tak berkira dengan dia. Mungkin menantu pertama kot. Ayah saya belikan rantai untuk anak-anak, dia pun dapat. Apa yang ayah saya belikan untuk kami anak perempuan, semua dia akan dapat jugak.

Kami pun apa ada hal kan, dah anggap macam kakak sendiri. Tapi lately ni macam saya ada rasa tak puas hati sikit la dengan dia, saya dah lama perhatikan dia. Dia macam fake sikit sejak abang saya takde, 6 bulan lepas.

Perangai dia berubah 360 sejak 3 bulan lepas. 3 bulan lepas, ayah saya belikan kereta untuk dia. Kereta biasa je, myvi 1st model. Tapi saya ni macam tak puas hati sikit la, mula-mula saya just nak bergurau je. Tapi entah macam mana makin melarat pulak. So, saya tanya direct dengan ayah, kenapa ayah belikan dia kereta.

Sedangkan dia bekerja, and saya sendiri pun beli kereta tak pakai se sen pun duit parents. Ayah saya cakap, ayah belikan dia kereta sebab nak mudahkan dia pergi kerja and balik kampung mak dia kat kedah. Memandangkan kereta arwah abang saya tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan.

Okey, saya boleh terima alasan tu. Takpe saya diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku, and saya perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Saya tak pasti kenapa. Benda ni jadi makin teruk bila parents saya macam asyik nak menangkan dia, berbanding adik beradik saya yang lain.

Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja. Saya tengokkan je, and diam-diam saya siasat. Ayah saya ni ada perniagaan, tapi kecil-kecil je. So 1 hari tu, saya pergi kat kedai ayah saya untuk settlekan bil.

And saya pun buka la online banking web untuk bayar semua bil. Memang jenis aku, lepas bayar saya akan tengok transaction history. And saya tengok ada 1 jumlah duit, dalam RM2,945 ditransfer ke akaun lain. So saya macam pelik la, biasa kalau transfer ke apa.

Saya or ayah akan tulis untuk apa untuk apa. Tapi yang tu kosong. Saya call ayah, tanya ada ke bayar sekian sekian dengan jumlah RM2k tu. Ayah saya cakap takde. Start ni saya dah syak dia yang buat, sebab saya ayah and dia je yang handle kedai ni.

Adik beradik saya yang lain jaga kedai lain. Saya tunjuk ayah, ayah cakap dia pun tak perasan benda tu. Takpe saya kumpul bukti, bila saya check history bank lain. Maka bermulalah soal jawab dengan semua anak-anak ayah. Semua cakap takde, tapi kakak ipar saya buat cerita.

Dia cakap dia haritu abang saya yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah. Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus mengamuk dengan abang saya tu. Walaupun dah dinafikan.

Saya doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah. Long story short, setiap hari jumaat memang kakak ipar saya suruh saya kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar. Dia tunjukkan dekat aku, saya terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer.

Saya selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah saya secara senyap-senyap. Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents saya punya baik, itupun nak pijak kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200.

Dan yang paling mengejutkan aku, dia guna-guna kan parents aku. Macam mana saya tahu ? Sebab saya jumpa banyak benda berkain kuning. Yang diikat dengan benang merah, and saya perasan dia akan elak pandang mata aku.

Bila saya nak tenung dia, dia akan alihkan mata supaya tak bertentang mata. Sungguh saya tak percaya, kakak ipar yang saya hormat, yang bertudung labuh, yang saya anggap macam kakak sendiri, yang parents saya anggap macam anak tapi sanggup buat kitorang macam ni.

Parents saya dah beri kepercayaan kat dia, tapi dia yang rosakkan. Bagitahu aku, mana nak dapat FIL and MIL yang boleh berkongsi cawan untuk minum, yang suapkan makan, yang boleh ribakan menantunya tidur. Mana nak dapat ? Diajak duduk sekali, dibagi duit tiap-tiap bulan, beli baju raya ibu saya bagi lagi duit, dibelikan kereta.

Parents siap tak bagi dia pindah kampung, walaupun abang saya dah takde. Bukan takde mak mertua yang baik, tapi tulah. Bila dah ada yang baik, dipijak pulak kepala. Macam mana ? Ada je mertua yang baik, tapi kadang kena bertegas sikit.

And semalam sesi last rawatan dengan ustaz untuk buang segala sihir yang ada. Okey, macam mana saya bagitahu parents aku. Actually memang parents dah tahu yang diorang dah terkena buatan orang. Cuma ustaz hanya cakap yang buat tu orang terdekat.

Tapi tak bagitahu siapa orangnya. Parents saya rasa lain, diorang cakap ada mimpi bukan-bukan and ada la tanda-tanda lain yang menyebabkan diorang pergi check kat ustaz. Dan ternyata, betul yang diorang kena buatan.

Dalam sesi berubat memang ustaz bagitahu yang parents saya dah kena sihir penunduk kalau tak silap aku. Parents saya memang dari first abang saya kahwin memang diorang layan menantu dengan baik. Bukan sebab dijampi dek kakak ipar aku. Ustaz tu cakap, benda ni dihantar dah 3 bulan.

Maknanya, lepas abang saya meningal. Lepas abang saya takde tu yang dia makin menyetan. Minggu lepas, selepas saya kumpul semua bukti. Saya bagitahu semua adik beradik aku, saya cakap ni saya jumpa kat bilik kak F. Diorang pun apa lagi, memasing buat muka terperanjat beruk.

Esoknya saya cakap dengan parents, nak semua berkumpul kecuali kak F sebab nak tunjuk sesuatu. So malam tu semua dah ada, saya longgokkan barang-barang tu atas meja. Saya cakap ini yang saya jumpa dekat bilik kak F masa kemas-kemas haritu.

Resit ni yang sama jumlah dengan duit yang ditransfer kat akaun misteri haritu. And ni 2 3 barang berkain kuning. Maka, ayah saya dengan muka terkejutnya tanya aku, betul ke ni dari bilik kakF ? Saya cakap betul yah, takkan nak tipu benda macam ni.

Lama jugak ibu saya tenung benda tu. Sampai 1 perkataan pun tak keluar dari mulut ibu, ayah saya dengan mata merahnya. Sambil tahan nangis, ayah minta maaf kat abang saya no 3 tu. Ye lah, ayah saya marah teruk kat abang saya tu.

Seumur hidup, tak pernah tengok ayah saya marah sampai macam tu sekali. Sebab ayah saya bukan jenis pemarah, tapi disebabkan sihir tu yang buatkan ayah saya jadi baran sikit. So dah settle bagitahu, saya tanya ayah.

Nak buat macam mana dengan benda ni semua? Ayah saya cakap benda kain kuning tu biar ayah simpan, sebab nak tunjuk kat ustaz. And resit tu saya simpan. Esoknya, semua 1 family pergi jumpa ustaz, and ayah saya tunjuk barang tu kat ustaz.

Depan kakak ipar saya tu, ayah hulur barang tu. Sambil tanya, “Ni dia ustaz, anak saya jumpa ni. Tu yang nak tanya, ni barang apa ye?” Masa ni memang kakak ipar saya dah start tak keruan. Lepastu ustaz pun cakap “Ni laa barang yang tundukkan pakji”.

Ustaz tanya, nak pulangkan ke tuan dia atau ke tempat dia? Haa masa ni kakak ipar saya dah tak berkelip mata. Ayah pun saya cakap la, pulangkan ke tempat dia. Dah selesai jumpa ustaz, ustaz pun dah kosongkan benda tu.

Balik rumah, ayah saya tanya pulak pasal resit tu kat dia. Kau bayangkanlah 7 orang ngadap kau, mau tak tergagap mulut tu nak jawab. Tapi masa ni, kesian pun ada. Sebab saya rapat dengan dia, dah jadi macam ni.

Tapi tula, silap dia jugak. Ayah saya tanya “Ni, adik terjumpa resit ni. Banyak duit sampai beli barang kemas RM2k. Banyak sangat ke gaji tu ?” Kak F diam, lepas dah 2 3 minit dia tetibe nangis minta maaf dan suruh maafkan dia. Dia cakap terpaksa buat. Dia dah lama teringin nak benda tu semua.

Pastu dia sendiri mengsaya dia yang ‘Buat’ parents aku. So parents saya pun marah la, diorang tanya tak cukup ke makan pakai yang abang saya bagi, yang parents saya bagi. Sampai sanggup buat benda bukan-bukan.

Selama ni ibu ayah percaya kat F, apa lagi yang tak cukup? Kakak ipar saya masa tu hanya mampu nangis je. Last sekali, ayah saya cakap “Ayah bagi masa 3 hari untuk cari rumah sewa lain. Kalau lepas 3 hari tak pindah dari sini, ayah terpaksa call zul (abang kakak ipar) and ceritakan semuanya.

Pasal duit yang dah ambil tu, takpe. Ayah halalkan” And hari jumaat haritu, dia dah keluar dari rumah. And sebelum keluar rumah, ayah saya hulur RM500 untuk duit makan. Ayah cakap “kalau F tak buat benda ni, ayah takkan halau. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur”.

Kakak ipar saya ni sebenarnya baik, tapi entah macam mana boleh terjebak dengan benda mengarut ni. Pada yang bertanya abang saya takde tu kenapa. Ye, abang saya meningal sebab demam panas dan segala tanggungjawab semasa iddah, adalah dibawah keluarga suami.

Parents saya memang tak bagi dia balik kampung (tinggal sana terus) tapi tak pernah kawal dia untuk balik kampung (jenguk). And abang-abang dia pun suruh tinggal dengan kitorang buat sementara waktu, sementara dia nak cari kerja kat kedah. Yang pasal suap tu, bukan sebab kak F tak reti makan sendiri.

Tapi sebab memang ibu and ayah akan suapkan anak dia. Contoh, saya minta ayah suapkan. Haa nanti ayah akan offer “F nak suap tak ?” Haa cenggitu lah. Sekarang saya dah block dia dari semua socmed and semua apps yang membolehkan saya berhubung dengan dia.

Korang yang ada MIL and FIL yang baik tu janganlah ambil kesempatan. Bukan senang nak jumpa yang baik tau, kadang MIL jadi tegas sebab ni la. Dia taknak menantu pijak kepala dia. Tapi saya tak boleh nak cakap lebih laa, sebab saya pun tak kahwin lagi kan.

 

Sumber: nalurikini.com

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *