
Beberapa hari lalu tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan beberapa orang lelaki di dalam sebuah kenderaan. Dalam rakaman itu kedengaran seorang dari mereka sedang membebel mengenai ketepatan masa. Namun ‘akibat’ dari makan rambutan sambil membebel memberikan kesan kepada rakannya pula.
Dalam rakaman berdurasi kurang daripada 30 saat itu kelihatan seorang lelaki sedang berbicara mengenai ketepatan masa. Kedengarannya mungkin dia sudah menunggu rakannya yang lain dalam tempoh masa yang lama.
Lelaki tersebut kelihatannya sedang membebel sambil mengupas dan makan buah rambutan. Selepas dia habis bercakap, rakannya seorang lagi menjawab juga sambil mengupas buah rambutan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai terhibur apabila yang memasuki mulut rakannya itu bukanlah rambutan tapi kulit buah tersebut.
Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai itu:
Dilarang tertawa!! pic.twitter.com/4kshgZS9x0
— TjahSolo (@H4NES234) January 7, 2020
Siap masuk mulut dan mengunyah! Mujurlah ada rakannya di sebelah yang menegur. Entah apa yang ada dalam fikiran lelaki ini agaknya.
Video ini telah meraih lebih 432,000 tontonan dan 27,900 retweets serta 16,300 likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Masih pagi astagaa udah ilang fokus dia”
“Kalau member dia tak tegur dah telan agaknya kulit rambutan tu”
“Dia orang yang cerdas, ketika suasana lagi tegang, dia membuat semua tertawa lagi”
Sumber: Twitter Dan HCL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply