“Baru episod 1 dah menyirap tengok watak Mak Azah.” Raja Azura is back! Macam ni la pelakon yang hebat bila berlakon

 

Baru sahaja ditayangkan untuk episod pertama, drama Jujurlah Nikahi Aku telah mendapat sambutan yang hangat. Tambah lagi apabila adanya kemunculan pelakon hebat Raja Azura. Nama Raja Azura tidak perlu diperkenalkan lagi, dengan bakat lakonan yang sangat menyerlah, dia juga seorang pengacara yang hebat, terutamanya rancangan Melodi.

Sudah agak lama hilang dari radar dunia hiburan, Raja Azura kembali dalam naskah hasil karya Rashid Sibir. Pelakon utama dalam drama ini adalah Uyaina Arshad dan juga Sean Lee. Dalam drama terbabit watak Raja Azura merupakan seorang mak yang garang dan tidak dapat menerima takdir bahawa anaknya dilahirkan cac4t.


Hasil dari maklum baIas para penonton untuk episod pertama semalam, rata-rata memuji lakonan Raja Azura. Hingga sudah dapat menangk4p em0si penonton untuk memberi watak Mak Azah yang dilakonkan.

Mcm wan maimunah the legend la kak engku…power

Itu dia…kak Engku mak p3tir aka mak banang comeback. sekali comeback makkk aiiii giIer…. Kak Engku antara pelakon yg hebat jgk.. Bila tgk ni mmg boleh berdiri sama level dgn pelakon2 hbat legenda Wan maimunah dlu2…mmg akan tgk…blh betuko jadi ijo tgk ni gamaknya. @shieraijoy ko ghase cam mano. love raja azura.

Kak zura kalu berlakon mmg mantop menjiwai betul…Rindu lakonan kak @raja_azura

Aku tgk ulang² mcm aku lak yg nak dtg dkt nak penamp0r si @raja_azura geram lak aku tgk hahahahahaha

Kak engku @raja_azura Teringat plak cerita takbir suci 3 yang akak berlakon watak antag0nis tu… Adoiii menyirap je rasa… Heheeh terbaik lah kak… Sy mmg dh lama menunggu kemunculan akak di kaca tv ….

Memang menjadi betul lakonan Raja Azura. Inilah dia sentuhan lakonan orang lama. Tahniah buat Raja Azura dan produksi drama. Ramai yang tak sabar tunggu episod seterusnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*