Dr Noor Hisham jelaskan apa sebenarnya bakal dilakukan oleh 8 pakar perubatan dari China yang tiba semalam

KEHADIRAN lapan pakar perunding perubatan dari China bukan untuk merawat pesakit Covid-19 di negara ini tetapi berkongsi pengalaman dan penyelidikan mengenai virus baharu itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengalaman mereka selama dua bulan menangani pandemik Covid-19 di wilayah Hubei, China diharap membantu Malaysia dalam usaha mengekang penularan pandemik itu di negara ini.

“Kedatangan mereka untuk berbincang mengenai rawatan dan penyelidikan, bukan saja perkara positif tetapi mungkin ada perkara yang dilakukan mereka tidak berjaya buat kita belajar dan tidak mengulangi kesilapan sama.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

“Dalam perbincangan ini, banyak isu kita bangkitkan mengenai kaedah rawatan pesakit di wad dan ICU (unit rawatan rapi) dan juga penyelidikan pengesanan dan teknik tertentu sama ada menggunakan antigen dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, lapan pakar itu bukan datang membantu pasukan barisan hadapan merawat pesakit Covid-19 tetapi berkongsi maklumat mengenai virus baharu terbabit.

“Virus ini baharu dan masing-masing tiada pengalaman mengenainya, tidak kira sama ada perkara negatif atau positif, kedua-duanya penting untuk kita.

“Kalau berjaya, kita akan teruskan usaha guna kaedah itu dan jika tidak berjaya, kita belajar daripada pengalaman supaya jangan ulangi kaedah berkenaan,” katanya.

Image may contain: 2 people, people sitting

Menurutnya, penting bagi pihaknya mengetahui dan menambah pengetahuan mengenai virus baharu itu terutama cara ia merebak.

Pasukan itu diketuai Ketua Pakar Perubatan merangkap Naib Presiden Hospital Wilayah Guangdong Perubatan Tradisional Cina, Dr Li Jun; Pakar Perubatan Bersekutu Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Wen Miaoyun.

Selain itu, Prof Kejururawatan merangkap Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Nosokomial, Hospital Rakyat Wilayah Guangdong, Dr Zhang Youping; Ketua Doktor Pusat Wilayah Guangdong Kawalan Penyakit dan Pencegahan, Dr Liu Tao serta Ketua Juruteknik Bersekutu Virologi, Dr Sun Jiufeng juga akan turut serta.

Tiga pakar lagi ialah dari Hospital Rakyat Wilayah Guangdong iaitu Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Perubatan Kritikal dan Penafasan, Dr Yang Shifang; Ketua Doktor Bersekutu Jabatan Jangkitan, Dr Luo Xiaodan dan Pakar Psikologi, Dr Liu Xiangxin. 

Sumber Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*