(Video) Netizen Banjiri Live Ucap ”Happy Birthday” Untuk Dr Noor Hisham

Tempatan Viral

Kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sememangnya tak dapat dinafikan lagi. Tersenarai antara tiga orang doktor terbaik di dunia yang cekap mengendalikan situasi COVID-19 oleh media China, beliau sering dikagumi rakyat Malaysia.

Kemampuan beliau menjadi antara pemimpin Kementerian Kesihatan (KKM) turut menjadi inspirasi kepada rakyat jelata termasuk kanak-kanak.

Terbaru, rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan dan kekaguman kepada beliau dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya ketika siaran langsung KKM sebentar tadi.

Ucapan dari rakyat berbilang kaum itu jelas menunjukkan ketokohan beliau menyatukan rakyat Malaysia dalam situasi gawat ketika ini.

Selamat hari lahir Dr

Moga kekal sihat dan sentiasa dirahmati

Cara beliau jawab penuh fakta, menunjukkan beliau buat kerja

Malah, di akhir ucapan beliau, wakil media juga sempat menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buatnya.

Walaubagaimanapun sebenarnya, hari lahir beliau adalah pada 21 April ini iaitu pada dua hari lagi.

 

Sumber: KKM, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *