[Video] Pertama di Malaysia! Pengantin akad nikah ‘online’ di rumah masing2, cuma beberapa negeri sahaja yang boleh nikah online

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjayakan akad nikah pasangan pengantin baru secara atas talian yang pertama di Malaysia pagi tadi berikutan kekangan akibat wabak Covid-19.

Menerusi sidang video itu, pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Majlis tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Majlis yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Alhijrah itu turut disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Perkara itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu apabila memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI.

Bagaimanapun, pelaksanaan akad nikah secara sidang video itu perlu mengikut garis panduan dan borang permohonan yang telah ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri – negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Rujukan,

http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline

Sumber : Alhijrah Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*