“Syukur Padamu Ya Allah..”- Penantian 24 tahun berakhir, wanita syukur selamat lahir zuriat pertama

Tempatan Viral

Selepas menanti zuriat selama 24 tahun, seorang wanita yang dikenali sebagai Fazilah hilang kata-kata apabila selamat bersalin bayi perempuan di Klinik Kesihatan Lawin, Perak pada 5 Jun lalu.

Menerusi laman Facebook, ibu berusia 43 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata itu selepas melakukan pelbagai usaha, ikhtiar dan doa.

Menurut Fazilah, tiada pasangan suami isteri yang tidak ingin memperoleh zuriat sebaliknya mereka perlu percaya dengan rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah SWT.

Syukur pada Allah! Anugerah terindah

Bercerita mengenai anugerah terindah itu, dia percaya terdapat hikmah di sebalik semua ujian tersebut selain menamakan anaknya dengan nama Nur Fasihah Qhadeejah Mohamad.

“Walaupun di usia yang sudah lewat, kegembiraan dalam tangisan penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan,” katanya.

Bagi pasangan yang menanti cahaya mata, insyaAllah satu hari nanti

Posting tersebut mendapat 770 perkongsian dan dihujani ucapan tahniah netizen yang kagum dengan kesabaran Fazilah serta suami selain mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Antara gambar yang dikongsi

 

Sumber : Fazilah, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *