
Kisah yang aku nak ceritakan ni berkaitan aku dan suami aku. Tapi sekarang ni, dia bukan suami aku. Bermakna kami sudah bercerrai. Aku namakan suami aku sebagai Shu.
Aku berkenalan dengan Shu ni waktu zaman U dulu. Kitorang ambil course yang sama dan start rapat bila aku dan Shu satu grup untuk projek yang course kitorang ambil ni.
Dalam 4 ahli grup ni, Shu lah paling rapat dengan aku. Mula mula tak pun, tapi lama lama bila borak borak je terus jadi rapat.
Bila dah rapat, aku pun start percaya dengan dia. Aku banyak cerita masalah aku kat dia. Dia pun cerita masalah dia kat aku.
Kitorang banyak keserasian sebenarnya. And satu hari dia confess kat aku yang dia suka aku. Aku pun suka dia actually dalam senyap tapi tak berani nak confess. Dan kami pun mula bercinta.
Berbalik kepada cerita tadi, ayah aku balik rumah tu pun bukan sebab apa tapi datang untuk maki maki ibu aku. Kalau bini kedua dia tu tak puas hati dengan ibu aku, habis tangan kaki naik.
Pernahlah satu hari tu, aku nak ambil air kat dapur tapi tak perasan ada ayah aku yang tengah terajang ibu aku kat dapur tu.
Dengan tiba tiba nya dia tarik rambut aku pastu dia hentak hentak kepala aku kat bucu tangga. Sakit! Bocor kepala aku. Aku dahlah perempuan. Ayah aku tu kalau tak puas terajang ibu aku, apa yang lalu kat depan mata dia lepas tu, mesti jadi mngsa.
Kucing aku pun pernah sekali kena. Ada ke patut dia pegi rendam kucing aku dalam baldi. Manusia tak puas, haiwan pun boleh!
Tapi layanan yang ayah aku bagi kat belah ibu tiri aku tu cukup berbeza. As expected, memang ibu tiri dan abang abang aku dapat layanan istimewa bak kerabat diraja.
“Lah, ni lah rumah saya. Kata nak jumpa bakal mertua awak?”.
Excited betul Shu. Sedangkan aku? Rasa nak lari je tinggalkan Shu. Tapi tak pun. Tak sampai hati. Aku cuba sedapkan hati dan berkata,
“Mungkin Shu ni anak orang gaji rumah ni kot?”
Sebenarnya nak masuk rumah tu pun rasa jijik. Dan guess what?! Shu tu abang tiri aku guys! Sebab bila masuk rumah tu je, terpacak dah bini kedua ayah aku kat depan pintu sambil cakap, “Wah! anak sulung mama dah sampai.”
Hati aku macam kena panah tiba tiba. Jantung rasa nak berhenti. Wow, drama betul kisah hidup aku ni kan? Semua berjalan lancar. Aku pulak tak banyak cakap. Asyik fikir je apa nasib aku ni? Jatuh cinta dengan abang tiri? Takkan nak putus macam tu je? Aku sayang Shu!
Oh, apa yang mengejutkan lagi, diorang tak cam pun aku. Ayah aku pun buat macam dia baru first time jumpa aku. Ingat kan pura pura, tapi macam betul yang ayah aku dan ibu tiri aku tu betul betul tak kenal aku.
Pastu dia text lagi dia cakap,
“Sorry sebab dah rampas ayah awak dari hidup awak dan perasaan saya kat awak tak pernah berubah. Saya masih sayangkan awak. Awak please jangan tinggalkan saya. Saya demi Allah sayangkan awak! Saya tak kisah awak tu adik tiri ke apa tapi kita mesti kahwin”.
Aku menangis. Speechless. Aku menangis gila gila sampai pagi esok. Nampak betapa sayang nya dia kat aku. Dia betul betul nak kat aku. Aku ingat lepas dia tahu semua tu, dia mesti benci kat aku. Tapi tak. Maafkan saya Shu. Saya dah bersangka buruk dengan awak.
Keesokannya, aku dapat text lagi dari Shu. Shu cakap ayah setuju bagi kitorang kahwin. Sebabkan aku ingat text semalam yang Shu hantar, aku terus pegi peluk ibu aku sambil nangis gembira.
Walaupun aku tahu bila dah kahwin, sekali sekala mesti kena menghadap ibu tiri aku tu tapi sebab Shu, mungkin aku boleh hadap semua tu.
Alhamdulillah, Aku dah Shu bertunang pada Februari 2017 dan kami berkahwin pada bulan Disember tahun yang sama.
Tapi, Shu tidak percaya dengan mudah. Dia lagi percaya dengan aku. Ibu tiri aku tu takde bukti pun nak tuduh aku macam tu.
Sampai satu hari, Hari yang menghancurkan hidup aku, dan selepas hari itu, aku rasa lebih baik aku mti. Aku terdengar perbualan ayah aku dan Shu. Ayah aku cakap buat apa nak simpan aku lama lama. Dia kan mengandung anak orang lain. Shu cuma diam je.
Aku apa lagi, berlari masuk bilik. Pintu aku tutup kuat kuat. Lepas tu, boleh pulak adik bongsu Shu dari luar menjerit “KAU SIAPA NAK ROSAKKAN PINTU RUMAH ORANG?”. Lepas dengar je, aku duduk kat atas katil sambil tutup muka aku. Air mata turun perlahan lahan.
Bila aku dah reda sikit, Shu pulak masuk bilik. Aku menangis balik. Kali ni, air mata turun betul betul deras. Shu terkejut dan terus pergi duduk sebelah aku.
“Yang, kenapa ni?” Sambil tepuk tepuk belakang aku.
“Kalau abang nak cerraikan saya, takpe, cerraikanlah jelah. Tu yang ibu suka. Syurga dibawah tapak kaki ibu Shu. Saya ni bukan siapa siapa.”
Tahun 2020. Anakku sudah mencecah 2 tahun. Membesar dengan riangnya. Aku masih janda sampai sekarang. Khabar Shu pun sudah lama tidak dengar.
Berkat pertolongan ibu saudaraku, aku sudah mendapatkan pekerjaan. Ketika aku sedang bekerja, Ibu saudaraku yang menolong aku menjagakan anakku.
Mesti pembaca tertanya tanya, dimanakah alasan yang jelas untuk Shu mencerraikan aku?
Jawapannya, Shu bukan anak derhaka. Syurga Shu dibawah kaki ibu. Selagi ibunya masih hidup, dia kena hargai.
Sekian dan Assalamualaikum.
Leave a Reply