Tuah Video Iklan Viral, Petani OKU Tak Sangka Dapat Jual 7 Tan Labu

Seorang petani orang kurang upaya (OKU), Izzat Amir Adam, yang sebelum ini tular video dan fotonya, buntu untuk memasarkan lambakan buah labu yang diusahakannya kini sudah boleh menarik nafas lega.

Ini kerana, selepas videonya tular dia tidak menyangka ramai yang mahu membantu membeli, serta prihatin dengan keadaanya. Malah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga membeli sebanyak tujuh tan labu semalam.

Harap dapat jual 20 tan labu

Difahamkan, Izzat kini sedang dalam usaha mahu 20 tan labu untuk dijual dan dia berharap dapat dihabiskan dalam selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan sebelum buah menjadi busuk.

Izzat telah mengusahakan tanaman labu di tanah seluas kira-kira satu hektar di Nenasi di Pekan, namun dia berdepan kerugian kerugian selepas pembeli labunya semakin berkurangan.

Viral di media sosial

Pemuda berusia 29 tahun itu berdepan masalah untuk memasarkan sendiri buah labu itu kerana tidak mempunyai kenderaan sesuai, sehingga seorang ahli keluarganya mencadangkan supaya dirinya membuat video ‘iklan’ di media sosial.

Ramai datang beli labu

Daripada situlah, ramai yang mengetahui mengenai perniagaan labunya selepas videonya tular di media sosial.  Difahamkan, Izzat Amir yang kehilangan lima jari kanan akibat kemalangan semasa menggunakan mesin menuai padi empat tahun lalu.

Semoga hasil tanam dan perniagaan pemuda ini terus maju, sekaligus membuktikan kekurangan diri bukanlah alasan untuk kita tidak mampu berjaya.

 

Sumber : Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*