
Cerita ni tentang suami saya. Dia memang tak reti nak hargai saya. Nak raikan saya. nak ucap sayang-sayang lagilah.
Semua ni bermula sebelum puasa tahun ni lagi. Mula-mula dia minta izin nak poligami. Yes, aku bukan nak menolak.. tapi aku bagi.. cuma bersayaarat.
Sedangkan diri aku dia tak pernah buat apa-apa. Honeymoon, duit nafkah tak ada. Bil rumah bil sekolah anak semua aku tanggung sampaikan dia punya duit rokok.
Tahun lepas company dia kena songlap dengan partner dia. Terpaksa dia fight dapatkan hak balik. Aku bantu.. semua kewangan aku bagi.. hingga semua aku gadai.
Tahun ni aku dah tak kerja. Aku hilang punca rezeki tapi aku niaga online. 2-3 bulan jalan.. dapat juga 2k lebih sebulan.
Apa yang aku minta pun duit barang anak sahaja. Barang dapur pun aku guna duit sendiri. Bila dapat tahu pasal duit tu, aku gaduh besar dengan dia.
Still tak ngaku.. dia pukul aku.. sampai pinggang aku tak boleh tegak.. depan anak2. Dia tension dia pvkul juga anak2. Kadang bengkak-bengkak kepala saya.
Sejak dari situ.. aku nekad.. aku takkan biarkan semua ni menjadi.. takkan ada poligami untuk dia, melainkan cerai atau stay dengan saya.
Cara pertama aku buat, aku hiaskan diri macam budak yang dia gla-gla kan tu. Aku takde duit.. aku minta dia. Dia tak bagi.. tapi aku tipulah.. konon bil astro tertunggak.
Contoh bil semasa rm150, aku cakap tak bayar bulan lepas.. total rm250. Sebab dia susah nak bagi duit untuk aku pakai.
Nak tanya dia dah makan ke belum.. nak sembang apa yang dia buat sepanjang hari.. tapi, semua tu terpaksa dipendam je.
Sebab dia tak banyak cakap. Balik rumah pun, tidur 2-3 jam saja dah nak keluar kerja balik. Aku still tagih rindu pada dia walau depan mata dan aku sememangnya tunggu dia balik kerja even seminit dua, untuk spend masa berdua dengan dia.
Tapi sayang, anak2 yang kecil tak faham apa yang mak ayah nak dan aku sebagai ibu still kena jaga anak dalam masa yang sama hati ini terjerit-jerit nak peluk suami.
Nak borak manja dengan dia. Aku cuba tegur benda kecil-kecil untuk mulakan perbualan tapi antara dengar dan tak dengar.. jawab pun setakat umm… ya.. je..
Aku ni dah la kat rumah tak ada teman borak.. ada dia nak juga borak dan cerita tentang hal anak2.. tapi dia langsung takde respond.
Dengan tangan tak lepas pegang hp.. tersengih-sengih.. geram betul tengok. Kadang aku tengah mandikan anak.. tau2 dia dah tergolek kat katil bilik kami dengan tutup pintunya borak dengan perempuan tu.
Bila aku cakap habis nfsu aku ni siapa nak layan? Tau apa yang dia cakap.. dia suruh aku cari lelaki lain tapi main mesej jelah..
Allah… skit otak fikir hal bdoh ni… rabak tau hati saya.. then aku teruskan step lain. Sekarang bermulalah klimaks cerita.. step drastik aku buat.
Walau hati betul2 skit. Allah tu adil kot.. malam aku sedu2 nakkan pelukan dia dan dia halau saya. Ada stranger mesej aku kat wasap.. sebab aku niagakan.. so tak hairanlah no aku ada yang contact nak kenal.
Dulu pun ramai.. tp aku tak layan semua.. tp malam tu.. Sebab kecewa sangat aku layan lelaki tu Mesej jelah Start dari malam tu walau skit hati tengok dia dengan hp dia. aku berlakon cool je.
Untuk buat aku hilang rasa skit hati, aku tidur bersama anak2 je. Aku tunggu suami siap nak pergi kerja baru aku bangun.
Ini untuk masa depan aku je aku fikir. Balik pada stranger tadi, seminggu lebih.. dia balik rumah dia tengok aku dengan hp saya.
Kadang aku berlakon senyum2.. biarpun mesej entah apa2. Nada dering stranger tu pun aku buat nada lagu frozen.
Anak aku suka.. bila dapat mesej dia lagu frozen keluar.. dan yes.. aku berjaya buat suami skit hati.
Walau sedih… Tapi aku dah start buat sesuatu yang lain. Kami keluar makan kat kedai, dia tutup hp.. sebab nak borak dengan saya.
Tapi aku still mesej juga dengan stranger tadi. Saja nak buat benda ni real, padahal aku tak ada perasaan pun. Malam tu malam sebelum raya tak silap saya, dia ajak beli baju anak.
Aku cakap kami nak baju mahal.. dia cakap tak cukup duit.. aku cakap takde duit stay kat rumah.. tapi dia yang lebih2 siap tolong aku mandikan anak2.
Mungkin dia nak pujuk aku kot. So oklah. Before.. kereta aku hampir terbalik tau sebab otak aku asyik fikir suami..
Sambil drive tu aku macam teringat apa yang dia buat pada saya.. nasib bawa adik ipar.. dan dia yang nampak aku dah naik divider dan tayar memang tertoreh. So malam tu nak pergi beli baju raya.
Dalam hati saya.. macam tu ke gaya dia nak pujuk saya. Aku hantar makanan tu satu persatu.. yelah.. 4set untuk 4 orang makan.. mau tak banyak. Dengan dukung anak sebelah kanan.. dia pulak aku tengok dok senyum dengan hp.
Belum pun aku sempat makan.. dia ambil air terus keluar cakap ada call penting. Damn! Giler! Aku nyesal ikut dia keluar.. nitis air mata aku laju2..
nasib anak lapar.. bertahan je agar air mata tak tumpah kat ayam. Dan serious ni betul2 melampau! Aku kembali balik pada stranger tadi.
Pada asal hanya untuk buat suami jeles.. tapi sebab malam tu dia kecewakan aku. Serious.. terus aku call nangis kat lelaki tu.. entah mana hilang malu..
aku luah habis kat lelaki tu. Lelaki tu minta aku tinggalkan suami datang pada dia. Takdelah hebat pun lelaki tu.
Just mungkin dia faham situasi aku dan dia janji nak jaga anak2 aku. Aku dalam dilema.. sayang aku pada suami masih ada.
Dan lebih banyak.. lelaki tu hanya baru sahaja muncul.. lagipun belum tahu dia macam mana.. sekali aku salah langkah.. Anak2 aku yang merana.
Leave a Reply