Kasih Anak Hingga Ke Liang Lahad, Rebah Selepas Sejam Menguruskan Pengebvmian Ibu

Tempatan Viral

Aj4l dan mavt itu merupakan rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa yang dapat menghalang andai kematian itu  tiba. Namun, sebagai manusia biasa, kita seharusnya redha dengan ketentuan tersebut kerana itu semua adalah takdir daripada Maha Kuasa.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Shari Saidin telah menceritakan kisah duka keluarga mereka apabila kehilangan dua orang tersayang hanya dalam satu hari sahaja.

Kehilangan dua insan penting

Menurut Shari, mereka adik beradik baharu sahaja mengebumikan ibunda tersayang yang mninggal dunia selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital.

Walaupun tidak menunjukkan sakit yang serius, namun ibu mereka mninggal dunia dengan mudah tanpa menunjukkan petanda.

 

Ibu mninggal tanpa disedari

Abang mninggal selepas uruskan jnazah ibu

Selepas selesai menguruskan jenazah ibu mereka, adik-beradik Shari mengambil kesempatan untuk berehat sebentar untuk menghilangkan lelah.

Namun, dia dikejutkan apabila abang sulung mereka tiba-tiba mengaku kelabu mata dan pedih dada sebelum tiba-tiba rebah. Suasana menjadi kecoh sebelum abangnya dkejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Abang bertungkus-lumus uruskan jenazah ibu

Sekali lagi mereka diuji kehilangan orang tersayang selepas abang sulung yang bertungkus-lumus menguruskan jenazah ibu mereka turut pergi menghadap Illahi pada hari yang sama.

Kudrat mereka adik beradik seakan hilang kerana orang yang disayangi berturut-turut pergi tanpa dijangka.

 

Akan jadi sejarah dalam keluarga

Diakhir perkongsian lelaki tersebut, dia memaklumkan bahawa cangkul yang baharu dibeli untuk mengebumikan ibu tersayang rupanya turut digunakan untuk menggali pusara abang yang mninggal dunia selang sejam selepas jenazah ibu mereka selamat dikebvmikan.

Kisah keluarga mereka itu pastinya akan menjadi sejarah paling tidak dapat dilupakan kerana mereka perlu meredhai dua kematian ahli keluarga hanya dalam masa sehari sahaja.

 

Sumber: Mohd Shari Saidin, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *