
Mungkin kita biasa menyaksikan tabiat catcalling di mana lelaki bersiul dan melontarkan teguran untuk mendapatkan perhatian gadis-gadis cantik yang mereka temui di luar.
Tabiat ini telah wujud sejak dari azali lagi di dalam mana-mana budaya sekalipun. Namun pada zaman dahulu wanita kurang berani untuk meluahkan ketidakselesaan mereka dan terpaksa untuk hanya membalas teguran-teguran nakal itu dengan senyuman.
Namun kini hak wanita semakin diperjuangkan dan lelaki tidak lagi boleh suka-suka melontarkan siulan pada wanita kerana ia dianggap sebagai gangguan seksual.
Malah mereka yang ditangkap melakukan tabiat itu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang selain dikecam habis-habian oleh netizen.
Walau bagaimanapun baru-baru ini tular sebuah video catcalling, di mana lelaki yang kena usha dek perempuan.
Lelaki kene ushar? Perkara biasa. Agak agak kalau lelaki kene ‘phewit’ dgn perempuan dorang marah tak? pic.twitter.com/lLOpNWtAE6
— LawakTahapDewa (@lawakhangit) July 5, 2020
Dalam video yang tersebar, seorang wanita di dalam kereta bersama rakannya yang sedang memandu bertindak merakam dua individu lelaki yang menaiki motosikal di sebelah kereta mereka.
Apabila lelaki-lelaki berkenaan menoleh apabila ditegur, wanita yang merakam itu berpura-pura bercakap denga rakannya, sebelum mereka ketawa.
Rata-rata netizen yang menyaksikan video itu mengecam tindakan wanita tersebut yang dianggap tidak sopan.
“bagi lah chance lelaki pulak rasa apa yg perempuan rasa selama ni..”
“MANA BOLE RECORD ORG WITHOUT PERMISIONNNNN…”
“Cakap hai tak jadi masalah…”
“Kita perempuan kalau kena usha bukan main marah…”
“skang mat rempit kena kacau dengan awek…”
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply