“Al Jazeera, you shut up..” – Gelar Al Jazeera Sebagai Al Jahiliyah, Hos Wanita Ini Dapat Sokongan Netizen.

Tindakan seorang hos program bual bicara Bernama TV yang memanggil Al Jazeera sebagai ‘Al-Jahiliyah’ mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, beliau berkata tindakan telah diambil oleh Pengerusi Bernama terhadap hos wanita tersebut.

“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.

“Saya dimaklumkan oleh pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” katanya membalas posting laporan Free Malaysia Today mengenai perkara tersebut.

“Hos Bernama TV kutuk Al Jazeera ‘Al-Jahiliyah’…”

Memetik laporan Malaysiakini, hos berkenaan menggelarkan media antarabangsa itu dengan panggilan tersebut dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin lalu.

“Saya rasakan Al Jazeera, atau selepas isu ini, saya boleh katakan bahawa Al Jahiliyah ini tidak mempunyai asas ataupun mungkin etikanya kurang

“Kalau kita google pun, mereka memang banyak kontroversi dan kritikan yang melanda dirinya,” kata Herleena Pahlavy ketika mengupas laporan Al Jazeera yang mendakwa Malaysia menganiaya pendatang asing dalam mengawal Covid-19.

Dia juga mengakhiri program berkenaan dengan berkata: “Saya Leena Pahlavy, Al Jazeera, ‘you shut up’.

Tonton sedutan program

Saya buat menteri kesal

Namun netizen memberi komen sokongan kepadanya

Sumber omm / FB Herleena Pahlavy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*