Aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request, tak sangka ini aku dapat

KRT Tempatan Viral

Hi semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar).

I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk aku

Aku merupakan seorang isteri berkerjaya (senior exec di sebuah syarikat oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak.

Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami menjangkau 9 tahun pada tahun ni.

Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan jugak kawan-kawan kami, kami berdua adalah pasangan bahagia dan kerap menunjukkan kebahagiaan itu di laman sos**l seperti Instagram / Facebook.

Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019).

Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan berlaku di hujung2 ketika aku melahirkan anak tunggal ku, ayahku memilih untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.

Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya.

Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah sebagai ketua keluarga yang dihorm4ti dan sehinggakan aku set suami pilihan aku harus seperti ayah.

Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi satu-satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.

Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun lepas apabila secara tiba-tiba aku mengalami gangguan period dan upon checking with specialist.

Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di ovari dan memerlukan minor laparoscopy to remove. I was admitted to the hospital dan sepanjang berada di hospital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa-apa yang ganjil padanya.

Sepulangnya aku dari hospital pada hari keesokannya, kami keluar makan malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift.

Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.

From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc.

Berderau darah aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai-bagai chat di dalam, mostly flirting chat, Aku bingung dan terus menangis semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk jelaskan apa yang aku lihat tadi.

He explains that all these cuma suka-suka sahaja since aku kurang melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam sambil menyiapkan kerja / research paper ketika aku sudah tidur bersama anak.

Aku jadi confuse and bertambah bingung since apa maksud nya sebagai kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya, aku masih melayani kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down early sebab letih dengan kerja ofis.

Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat?

Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung handphone suami demi 100% percaya.

Aku mula menceroboh email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku.

Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which bila aku confront again, he told me “oh pegi massage saja2 sebab dier urut best.. takde request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.

Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda? Aku sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih -lebih knowing the nature of the business.

Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu apa jawapan owner tempat massage tersebut?

“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan!” and terus menutup pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy and dark and semua pelanggannya memang lelaki.

Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil merasa kejamnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku memilih untuk setia tanpa curang kepada suami dari hari pertama perkahwinan kami sehingga ke saat itu.

Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan aku menjadi paranoid.

Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika suami stay up lewat malam menyiapkan kerja / research paper (suami ku juga masih belajar untuk phD)

Aku akan jadi cuak dan berdebar-debar mengenangkan adakah suami akan flirting chat seperti dulu.. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan.

Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.

Aku disahkan mengalami anxiety disorder dan memerlukan khidmat kaunseling psikiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri.

Di hadapan Dr Psikiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia bertanyakan apa-apa soalan. It was such a relief walaupun in the end nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan jangan menyalahkan diri sendiri.

Kesan dari anxiety disorder, aku mula mengalami gejala physical antaranya :

1. Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di wad untuk berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma perasaan aku.

2. Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi penyakit serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++.. In the end, resultnya tetap sama, aku sihat dan normal.

Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.

Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dier cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja.

Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih dari anxiety disorder pada hujung tahun lepas.

Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami setelah dier bersungguh-sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya kembali.

Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu, tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.

Semoga Tuhan merahm4ti perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari perasaan untuk membalas dendam atas semua yang telah suami lakukan kepada aku.

Setiap hari suara-suara dari dalam asyik mempengaruhi aku untuk membalas dendam, namun cepat2 aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.

Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak.

Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.

Sekian…

– Hana (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *