Macam Tiada Seurat Benang, Tiba-tiba Rasa Sejuk – Zila Bakarin Kongsi Kisah Awal Bertudung

Hiburan Tempatan Viral

Siapa tak kenal dengan pelakon yang popular dengan watak antagonis ini. Baru-baru ini Zila Bakarin berkongsi penglibatan beliau dalam program “Jom Celik Al-Quran”. Zila atau nama sebenarnya  Rosmawati binti Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.

Penglibatan beliau adalah dari bantuan Adam Corrie. Beliau pada mulanya akui rasa takut untuk menerima tawaran dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi beliau tidak mahu menangguhkan benda yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.

via @zilabakarinofficial

Saya rasa macam tiada seurat benang kat badan- Zila Bakarin

Zila ketika ditanya dengan imej barunya yang sudah berhijab. Beliau akui, tidak memberitahu orang tentang imejnya yang berhijab. Beliau terus berhijab tanpa bertanya pendapat orang sekeliling dan mengakui keinginannya berhijab datang dari diri sendiri.

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang  dan terus pakai. Bila keluar rumah terus rasa aku dah selamat”- ujarnya.

Kongsi Zila, beliau bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak henti memberi sokongan  dan doa untuk penampilannya yang sekarang walaupun beliau terkenal dengan watak antagonisnya yang memberi kesan kepada penonton lain.

via @zilabakarinofficial

Zila sempat ditemubual bersama Murai.my ketika majlis pelancaran “Jom Celik Al-Quran” di Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur. Zila adalah salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON  bagi Program “Jom Celik Al-Quran” yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

Antara rakan selebriti lain yang turut hadir adalah Adam Corrie, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Heliza Helmi dan Hazwani Afiqah.

 

View this post on Instagram

 

working…✌🏻

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

Dengan slogan “Dari Buta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).

 

View this post on Instagram

 

🧡

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on

Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah ke atas MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Symber Artikel Murai

IG Zilabakarinofficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *