
Semalam merupakan parlimen pertama selepas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-8.
Antara klip parlimen yang tular semalam termasuklah video menunjukkan Syed Saddiq dipersendakan oleh beberapa ahli parlimen semasa dia nak mencelah dalam perbahasan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Korang boleh tengok sendiri dalam video dikongsikan oleh seorang netizen di Twitter yang telah pun mendapat sebanyak lebih 78k perkongsian dan menjadi trending ke-dua semalam.
Dalam video tersebut, kelihatan Syed Saddiq yang cuba berbahas secara profesional tapi dipotong dan dicelah dengan gurauan beberapa ahli parlimen lain.
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.
Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni.
Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luq (@luqmanlong) July 13, 2020
Jelas, tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang rata-ratanya tak gemar dengan perbuatan wakil-wakil rakyat ini mengejek dan mempersendakan Syed Saddiq seperti budak-budak.
Sumber Lobak Merah
Sumber Video Kelantan TV
Leave a Reply