“Orang dah nak kahwin, lebih baik doa yang baik-baik..” – Zizan Razak

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengucapkan tahniah kepada Mira Filzah yang kini bergelar tunangan kepada anak kenamaan, Wan Emir Astar.

Difahamkan, Mira dan anak Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid itu akan melangsungkan majlis pernikahan pada tahun ini.

“Orang dah nak kahwin, lebih baik doa yang baik-baik. Semoga masa depan dirancang akan dipermudahkan.

“Moga Mira menjadi isteri yang baik dan mendapat suami melengkapi hidupnya hingga ke jannah.

“Seterusnya, menambah ahli keluarga baharu dengan termeterainya ikatan suci itu,” demikian jawapan Zizan ketika mengulas berita wanita yang pernah dikaitkan dengannya bakal berkahwin.

Zizan Razak dan Mira Filzah pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun, sebelum berakhir, tahun lalu.Zizan Razak dan Mira Filzah pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun, sebelum berakhir, tahun lalu.

Pelakon filem Polis Evo itu berkata, dia cukup bahagia mendengar perkhabaran berkenaan.

“Saya tumpang bahagia,” katanya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman kesihatan, malam tadi.

Terbaru, jalani penggambaran filem Hantu Bonceng 2

SHAHADA FAUZI: Review Filem :: HANTU BONCENG

Mengulas perkembangan lain, Zizan berkata, dia akan menjalani penggambaran filem Hantu Boceng 2 untuk tayangan Astro First, tidak lama lagi.

“Semestinya ‘feel’ nak berlakon filem ini tetap sama, biarpun ia untuk siaran televisyen.

“Sebelum ini, ada telefilem yang formatnya sama seperti filem, malah kualitinya seperti menonton filem di Netflix.

“Kalau tak silap, berkemungkinan heroin filem ini adalah Shiha Zikir,” kataya.

mira filzah kahwin | Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini

Terdahulu, Mira menamatkan spekulasi hubungan dengan Wan Emir dengan mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan. Bagaimanapun, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2019 itu enggan mended4hkan tarikh rasmi dirinya disunting.

Bagaimanapun, pada saat mengulas khabar angin yang mend4kwanya bakal disatukan pada Oktober ini, Mira hanya melemparkan senyuman penuh makna.

“Kami masih hanya kawan seperti dulu’ – Mira Filzah

hubungan cinta zizan razak dan mira filzah

Tenang berdepan kontr0versi, aktres jelita, Mira Filzah menjelaskan kemesraan antara dirinya dengan pelawak terkenal, Zizan Razak, hanya sebagai kawan.

“Mira selesa berkawan dengan Zizan. Kami mengacarakan ABPBH 29 dan berlakon dalam Jula Juli Bintang Cinta. Tahu sajalah perangai Zizan, jadi kami tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta keserasian ketika penggambaran di Langkawi.

“Bayangkan, ada saja gelagat Zizan yang membuat saya terhibur sepanjang berada di lokasi. Zizan pula agak spontan, terutama ketika melontarkan dialog. Alhamdulillah, keserasian kami disenangi pengarah,” katanya teruja peluang beraksi di bawah arahan Osman menjadi nyata.

Gosip Mira dan Zizan dilamun cinta tersebar sebaik mereka selesai mengacarakan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29.

 

Sumber : Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Hiburan Netizen

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*