Pelukis Mural Luah Perasaan, Rakaman CCTV Di Dedahkan! Pelaku Adalah 2 Orang Wanita.

Tempatan

Salah seorang pelukis mural, Suhaimi Ali berterima kasih kepada orang ramai yang menghargai bakatnya dalam menghasilkan potret gergasi yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara.

Ucapan tersebut diluahkan selepas karya dilukis pemuda berusia 27 tahun itu dan dua rakannya diconteng dengan kata-kata kesat awal pagi tadi di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

“Assalamualaikum semua, disini saya nak ucapkan terima kasih sebab support bakat saya dan bagi saya tunjuk bakat pada semua,” tulisnya.

Suhaimi turut memohon maaf dimana lukisan yang diconteng itu telah dicat semula dengan cat putih oleh kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tiada lagi seni mural di lokasi tersebut

“Saya mintak maaf, tiada lagi mural di U12 untuk orang datang bergambar. Hero is gone. Terima kasih semua,” katanya.

 

Posting berkenaan dihujani kata-kata semangat netizen yang berharap agar dia tidak mudah berpvtus asa dalam berkarya selain tabah menghadapi dug4an tersebut.

CCTV telah di semak dan terlihat 2 individu yang menconteng mural tersebut adalah 2 orang perempuan

Image may contain: 1 person

Klik pautan untuk video lebih lama

Dikirim oleh Syaril Said pada Senin, 20 Juli 2020

Sumber : Suhaimi Ali 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *