Basikal Laj4k: Ibu Bapa Boleh Didend4 Minimum RM1,000, Penj4ra – Wee

Tempatan Viral

KUALA LUMPUR, 27 Julai  — Ibu bapa atau penjaga yang membiarkan anak jagaan mereka berusia 18 tahun ke bawah terlibat dalam aktiviti basikal laj4k sehingga mengundang bah4ya, boleh didend4 antara RM1,000 sehingga RM5,000 atau dipenj4ra tidak lebih setahun.

Wee wins respect as Opposition MP | The Star

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata perkara itu merupakan antara yang terkandung di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

“Tujuan kita tidak mahu menghukum. Kalau kita benarkan kenderaan ini (basikal laj4k) yang tiada brek, bayangkan kemalangan akan berlaku bila-bila masa.

Jadi itu yang kita nak buat pindaan, dahulu RM300 orang tidak takut. Sekarang kita ketatkan dan hukuman lebih berat. Jika di bawah 18 tahun, maka ibu bapa dan penjaga boleh dihukum,” katanya pada sidang media selepas taklimat rang undang-undang itu kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ini Punca Mengapa Kita Selalu Mengantuk Ketika Memandu | SINAR

Dalam pada itu, Wee berkata individu yang tertidur ketika memandu sehingga berlaku kemalangan yang menyebabkan kemat1an juga akan berdepan hukuman yang lebih berat.

Beliau berkata pemandu terbabit tertakluk kepada pindaan Seksyen 41 akta berkenaan iaitu penj4ra antara lima hingga 10 tahun dan dend4 RM20,000 sehingga RM50,000 bagi kesalahan kali pertama.

Katanya, pemandu yang tertidur boleh dikategorikan dalam pemanduan secara melulu atau merb4haya.

“Ada ayat ‘memandu secara melulu’ bermaksud memandu dengan cuai… anda juga bertanggungjawab, anda boleh didakwa… jika ia (memandu) menyebabkan kemat1an, terdapat hukuman menanti anda, jadi kami memang serius. Anda tidak boleh mengawal kenderaan bermaksud anda memandu dengan cuai.”

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *