Baru ini, Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid atau telah tampil menjawab dakwaan warga netizen yang mengatakan dia mempunyai rekod jenayah kekerasan, memukul isteri dan menyeleweng wang syarikat.
Mohd Asri, 42, yang juga pengasas Hot Burger Malaysia, berkata kejadian berlaku ketika dia masih muda dan sebelum mendapat hidayah daripada Allah SWT.
“Beginilah.. Itu berlaku semasa (saya) zaman jahiliah lagi. Masa zaman muda saya. Sebelum saya diberi hidayah oleh Allah SWT.
“Perkara itu adalah (hal) domestik antara saya dan isteri (sekarang bekas isteri).”
“Masa itu berlaku krisis rumah tangga. Isteri saya masa itu buat laporan (polis) dalam keadaan tertekan dan apa yang berlaku sebenarnya kisah lama.”
“Tak pernah naik mahkamah, tak pernah didakwa. Cuma sekadar laporan, tiada pendakwaan. Kes itu tahun 2012. Lama dah, bercrai pun pada penghujung tahun itu”.jelasnya lagi
” Masa itu zaman jahiliah, zaman nakal saya,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro di Kuala Lumpur pad hari ini.
Bekas isteri hadir beri sokongan dan menangis
Asri Janggut memberitahu, malam tadi bekas isterinya hadir bertemunya untuk memberikan sokongan dan menangis simpati melihat dugaan dihadapinya.
Beliau berkata, mereka bercerai secara baik dan tiada masalah termasuk penjagaan seorang cahaya mata hasil perkahwinan yang sudah terputus di tengah jalan itu.
Mengulas mengenai dakwaan menyeleweng wang syarikat, Mohd Asri berkata:
“Dahulu syarikat dijalankan berniaga burger juga, cuma saya letak nama isteri”.
Duit kami suami isteri, tetapi bila bergaduh dan berlaku krisis, diorang tak benarkan saya ambil duit. isteri saya marah. memang nampak seleweng.
“Mungkin laporan ditulis dalam keadaan marah, selepas kami bergaduh. dia buat laporan, tetapi selepas itu kami berdamai dan tiada isu.”
Mohd Asri berkata, dia turut menerima kec4man hebat selepas menyiarkan rakaman video meminta maaf, semalam susulan terlanjur kata-kata mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat dalam petikan video tular itu.
Menurutnya, sewaktu klip videonya terlnjur kata itu tular, didapati daripada 100 komen warga netizen, kira-kira 95 daripadanya adalah komen negatif mengecamnya.
“Sekarang sudah semakin reda dan mula nampak bahagian positif.”
“Berkenaan dengan kenyataan saya berikan sehingga menjadi satu kecaman, perkara ini berlaku nombor satu kerana kejahilan dan kelemahan saya berkomunikasi apabila berhadapan dengan awam.
“Nombor dua, kejutan budaya apabila tiba-tiba diangkat di hadapan, tiba-tiba disanjung. Nombor tiga, hasutan syaitan.”
“Selepas kejadian itu, saya bertambah matang, semakin berhati-hati dan saya kena perbaiki kesilapan serta kelemahan saya.”
“Sekarang ini saya tenang. Tiada apa-apa masalah. Saya dah boleh yomakan dan sudah boleh tidur lena. Semangat saya semakin kuat,” katanya.
Baru faham macam mana perasaan kena kec4m
Beliau ada mengakui tidak pernah dic4ci m4ki orang ramai seteruk dihadapinya akibat kesilapannya dalam kaedah penyampaian.
Katanya, kejadian dikec4m teruk itu menyebabkan dia memahami perasaan individu lain termasuk pemimpin dan selebriti apabila berhadapan situasi serupa.
“Inilah mengajar saya mengenai kebijaksanaan apabila berhadapan kontroversi dan keadaan apabila berhadapan dengan wartawan, (perlu) kebijaksanaan dalam berbicara.”
“Maka saya mengaku dengan seikhlasnya, demi Allah saya tiada niat untuk menyakiti hati, melukakan, membuat prov0kasi terhadap mana-mana anggota (pasukan keselamatan) kerana mereka adalah permata negara…kerana mereka inilah pejuang negara,” katanya.
Asri Janggut berkata, dia ada menghubungi serta dihubungi rakan dalam kalangan tentera dan polis yang memahami serta sudah menerima permohonan maafnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Sumber dekiwaketek.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Artikel dan penulisan di dalam ini juga tidak melambangkan pendapat peribadi pihak kami.