
Aku nak cerita pengalaman aku masa sibuk “shooting” projek filem tahun akhir, masa aku menuntut di sebuah Universiti.
Aku merupakan salah seorang pelajar semester akhir dalam jurusan perfileman. Semester akhir ni sungguh memenatkan, nak kena cepat je buat apa pun sebab nak kejar masa yang agak terhad… dengan thesis nya, projek nya, assignment, quiz, fokus final year lagi.
Untuk projek akhir ni, aku agak sibuk bersama budak-budak filem yang lain sebab kami bekerjasama untuk saling membantu semasa “shooting” projek filem masing-masing.
Jadi aku banyak berlakon dalam projek filem kawan-kawan sekelas. Untuk projek filem yang sebelum ni, Alhamdulillah semua dapat dijayakan oleh aku tanpa ada sebarang ganguan sehingga lah pada satu malam ni.
Mula-mula tu, seram yang aku aggarkan pada level 50% je la cuma bulu roma je yang tegak berdiri. Namun secara tiba-tiba, semasa “shoot”, motosikal yang aku tunggang tu rasa berat semacam je..
nak kata berat sebab jalan berbukit tak ada bukit sangat pun.. nak kata berat si Zila(Pelakon watak pocong) dia tak ada lah gemuk sangat, aku buat tak tahu je..
sebab dalam masa yang sama kru-kru yang lain ada kat belakang. Habis je “shoot” semua babak, Fakrul tanya “ Weh.. kau nak kami hantar kau balik sampai kolej tak?”.
Aku angguk setuju je lah.. sebab malam ni, aku rasa tak sedap hati pulak nak balik kolej sorang. Alang-alang diorang dah offer nak hantar sampai kolej, ok lah tu kan.
Masa ni aku tengok reaksi muka Fakrul dengan Afiq seakan cuak. Selalunya habis je “shooting” diorang lah yang “over excited”, tapi malam ni diorang banyak diam je.
nak berhenti fikir pun macam tak ada benda lain yang aku nak fikirkan. Tapi aku memang kena mandi juga, last aku mandi pun pagi tadi haa..
Masa aku tengah mandi ni, aku dengar bunyi orang flush tandas berkali-kali. Huh lega sikit mungkin ada orang lain la selain aku kat bilik air ni.
Selesai je aku mandi, aku keluar la dari shower tu.. 3 langkah aku menapak..aku dengar bunyi air seolah ada orang tengah mandi dari shower yang aku mandi tu..
padahal seingat aku, aku dah tutup paip tu.. Aku rasa lain macam je.. Mesti korang ingat aku patah balik dan tengok aku tutup ke tak paip tu kan?
Huihhhh, korang ni…mustahil untuk aku berpatah balik, aku terus blah lari ke bilik.
Aku dah tertinggal solat subuh” aku mengeluh sendirian, namun masih memikirkan hal semalam, sama ada aku mimpi atau aku betul-betul diganggu.
Habis je kelas, Fakrul dan Afiq mengajak aku dan budak kelas kami lepak kat kafe. Fakrul tanya aku “Kau okey ke? Nampak pucat”.
Ishh macam tahu-tahu je dia ni..aku hanya membisu belum sampai masa lagi nak cerita kat diorang pasal hal semalam tu.
“Semalam kau perasan apa-apa tak?” Fakrul menyoal lagi… belum sempat aku bukak mulut, Afiq mencelah, “Semalam masa “shoot” yang kau bawa motor tu..
kami nampak bukan Zila je atas motor tu..ada benda lain, hitam pekat yang bonceng motor sekali dengan korang…”. Fuhhh.. terkejut aku dengar diorang cerita..
itu je lah perkongsian aku..mungkin bagi aku peristiwa ni sangat seram..tapi bagi korang,kalau tak seram tu maaf lah ye…..jangan stress-stress..terima kasih kerana sudi membaca.
Leave a Reply