” Dipuji Cantik Macam Princess” Isteri Haqiem Rusli Tidak Lagi Dikecam

Sejak April lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sehingga dikecam teruk oleh netizen.

Terbaru, Anis dilihat ada memuat naik gambarnya mengenakan gaun ala-ala Cinderella berwarna kelabu menjadi perhatian netizen.

Jika sebelum ini ramai yang mengecam namun diruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat penampilan Anis yang cukup cantik menggayakan gaun berkilau tersebut.

Malah, ada yang mengatakan Anis cantik seperti princess dan Cinderella. Sementara itu, ada yang berkongsikan pernah terserempak dengan Anis serta memuji isteri Haqiem itu sememangnya cantik.

Dalam pada itu, ada yang mendoakan yang baik-baik buat wanita berusia 21 tahun itu agar kembali berhijab semula suatu hari nanti.

sumber rotikaya

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*